Nabila Berperang Dengan Peminat Di Twitter...

Friday, November 11, 2011 by


Nabila Maki Hamun Peminat Di Twitter Gara Gara Gambar Tersebar!Barangkali berang dengan tersebarnya gambar dirinya yang agak seksi ketika berada di tioman bersama rakan, Nabila terus mencemuh dengan kata-kata yang kurang enak untuk dibaca oleh para peminatnya di twitter. Mungkin Nabila tegang selepas gambar yang lebih jelas memaparkan dirinya bersama lelaki di tioman, bukan kerana gambar yang sedang bercium bersama seorang lelaki kerana tiada pengakuan khusus mengenai gambar tersebut yang dibuat oleh Nabila.


Walaupun begitu, Nabila juga harus peka mengenai orang awam yang sememangnya memerhatikan gelagat si artis @ selebriti yang bergerak ke mana sahaja. Seperti yang diketahui, peminat di malaysia meliputi semua peringkat umur, kadangkala remaja dan yang masih keanakan pun mempunyai selebriti pujaan mereka, agak membimbangkan jika idola mereka berkelakuan sebegitu dan ia menjadi ikutan kepada remaja berkenaan.

Disamping itu juga, cara penulisan Nabila di twitter semacam menggambarkan sikap penerimaannya terhadap kesalahan yang telah dibuat. Nabila mengecam dengan huruf BESAR untuk perkataan UNFOLLOW atau dengan erti kata lain berhenti dari mengikuti perkembangan twitternya kepada orang yang mengutuknya. Perbuatan itu juga umpama ‘menghalau’ peminat dari mengikuti perkembangannya.

Namun harus diingat juga, Nabila hanya menujukan kata-kata tersebut hanya untuk beberapa orang sahaja yang juga tidak kurang hebatnya mencemuh Nabila bukan kesemua peminatnya.





Saya Tidak Tahu – Amy Search

Isu yang dicetuskan Nabila baru-baru ini telah menarik sekali ayahnya Amy Search di dalam isu hangat ini, Amy Search yang ditemui wartawan ketika majlis pelancaran single berjudul Simetri  semalam telah diajukan soalan mengenai isu yang hangat diperkatakan di media dan blog-blog sana sini..katanya dia tidak mengetahui akan gambar-gambar tersebut tetapi sempat menasihati Nabila secara terangan di hadapan wartawan..kita ikuti apa kata Amy Search.

    “Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
    “Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang”
    “Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku,  tambahnya yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com