Awie Bergaduh Lagi Semasa Clubbing

Tuesday, December 13, 2011 by


Untuk rekod, pada tahun 2005, penyanyi Kumpulan Wings, Awie dan Fairul Ezly Ramli iaitu abang kepada bekas penyanyi Kumpulan Kristal, Ainol Eqraf dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang terhadap tuduhan bergaduh di tempat awam.
Majistret mendapati bahawa kedua-dua mereka telah membuktikan imbangan kebarangkalian untuk mempertahankan diri.
Walaupun Awie didapati tidak bersalah, adiknya Nazri didapati bersalah terhadap pertuduhan itu dan dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadapnya.
Awie, yang pernah berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kemudiannya terpalit dengan kontroversi apabila dicop pula kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga tidak lama selepas itu.
Dia kemudiannya dituduh oleh Presiden Pekida, Jamaluddin Yusuf menjadi ketua kumpulan samseng serta salah seorang daripada 15,000 anggota pertubuhan itu yang telah songsang.
Jamaluddin telah membuat kenyataan tersebut menerusi akhbar Metro Ahad edisi 14 Disember 2008.
Awie  juga diberitakan pernah berada di balai polis hampir 10 jam kerana diminta memberi keterangan atas satu kes pergaduhan.
Namun Awie menafikan semua tuduhan yang mengaitkannya dengan gangsterism dan kumpulan kongsi gelap seperti yang diperkatakan itu
“Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.
“Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja.
“Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.
“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya dalam satu temubual dengan sebuah akhbar beberapa tahun lalu.
Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.
Dan yang terbaru, Awie dikatakan sekali lagi terlibat dalam pergaduhan, kali ini di Pulau Langkawi pula.
Ini yang didedahkan dalam blog hiburan Rotikaya.com;
Al-kisahnya, minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami di’fahamkan sebagai bodyguard Awie.
Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat di’pastikan dan ia’nya mencapai kemuncak apabila Awie melontar cabaran dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.
Dan, terjadilah pergaduhan fizikal yang sah sah berpihak kepada Awie dan dua orang bodyguard beliau itu. Awie turut di’laporkan menggunakan buku lima dalam pergaduhan tersebut.
Episod 2 – Si Abang Balas Dendam
Lelaki yang teruk di’belasah ini mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakan’nya malam itu juga — adik sendiri kena belasah, siapa yang boleh duduk diam.
Awie dan dua orang rakan’nya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi pergaduhan fizikal terjadi.
Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga — maklum’lah, si abang adalah guru Silat Bunga Kedah.
Episod 3 – Awie Buat Laporan Polis
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie di’katakan telah mengarahkan beberapa rakan’nya yang lain untuk mencari si guru silat ini.
Dan, Awie di’khabarkan telah membuat laporan polis yang konon’nya beliau telah di’serang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat sumber kami pastikan.
Sama seperti peminat Awie yang lain, penulis berharap Awie segera tampil mempertahankan dirinya sekiranya apa yang diperkatakan itu salah.
Ini kerana para peminat beliau sangat mengkagumi bakat yang ada padanya dan mereka tidak mahu penyanyi dan pelakon kesayangan mereka ini difitnah begitu saja.
Lagipun imej Awie sejak beberapa tahun kebelakangan ini cukup bersih, jadi jangan biarkan ia tercemar.
Tindakan berdiam diri kelak hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi, tak begitu bro? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com