Ayda Jebat Tak Tergamak Jadi Orang Ketiga

Monday, September 08, 2014 by
 
Ayda Jebat dan Zul Ariffin



 

Di sebalik lonjakan populariti yang diterima Ayda Jebat, pelakon muda yang berasal dari Melaka ini juga tidak terlepas daripada kontroversi. Ada sahaja tohmahan buruk daripada segelintir peminat yang cuba menjatuhkan namanya.

Tidak bersedih dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Zul Ariffin, Ayda bertindak untuk menangani isu tersebut secara profesional. Tidak cepat melatah, Ayda tenang menjawab persoalan mengenai hal tersebut.

"Kontroversi itu timbul disebabkan drama 'Rindu Awak 200%'. Mungkin dalam drama tersebut kami nampak begitu mesra dan ada peminat juga menggesa agar kami menjadi pasangan kekasih. Saya rasa, disebabkan hal tersebutlah timbul desas-desus tentang hubungan di antara saya dan Zul.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk merosakkan hubu- ngan Zul dengan kekasihnya. Saya tidak merasakan wujud perasaan cinta lokasi di antara kami berdua. Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja," ujarnya.


Zul Ariffin dan kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai


Cuma bagi Ayda, dia melihat gosip sebegitu tidak lebih daripada usikan manja untuk menghangatkan lagi drama yang disiarkan di kaca TV.

"Bagi saya, apabila melakonkan adegan yang memerlukan emosi percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan apa yang dirasai. Kalau ada yang suka, itu bererti watak Armel Aisya dan Zill Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah.

Malah, saya berpendapat cinta lokasi itu wujud tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai bercinta. Saya tahu dia ada kekasih. Saya juga tak tergamak jadi orang ketiga," katanya.

Namun begitu, Ayda sangat bersyukur. Usia drama hits lakonannya itu sampai ke penghujung 1 September lalu, kontroversi hangat di antara mereka juga semakin reda. Tiada lagi kedengaran kata-kata tidak enak yang mengaitkan dirinya dengan Zul Ariffin.

"Kini segalanya telah reda, saya juga sangat bersyukur kerana saya tahu bahawa saya berada di pihak yang benar. Terbukti juga bahawa saya tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya masih berhubung dengan Zul Ariffin, namun perhubungan kami sekadar teman biasa sahaja," ujarnya.


(Kredit: Kosmo!)

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com