Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal
Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan yang pihak MIG masih banyak berhutang dengan dirinya dan isterinya, Wawa Zainal.
“Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu ringgit,” kata Aeril Zafrel dengan senyuman penuh makna.
“Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu. Namun di sini bukan wang ringgit pokok persoalannya. Harap jelas”, katanya seperti yang dilaporkan portal gua.com.my
Dalam pada itu, baru baru ini sebuah audio rakaman perbualan antara wakil MIG dan pengurus Aeril Zafrel telah tersebar di internet. Rakaman audio tersebut tentang kereta Suzuki Swift ‘milik’ Wawa yang hilang sekitar tahun 2013 yang lalu. Difahamkan kereta itu sebenarnya dalam simpanan MIG.
David Teo
David Teo dan MIG selepas itu menjawab yang kereta Suzuki Swift itu merupakan hak milik MIG dan mereka tidak faham kenapa Aeril Zafrel masih lagi mahu terus memperbesarkan isu dan mencari pasal.
“Persoalannya cukup mudah, saya hanya meminta supaya dipulangkan dokumen dan barangan peribadi saya, manakala pihak MIG, haruslah mengaku telah mengambil kereta itu tanpa sebarang notis, “ tambah Aeril Zafrel dalam nada sinis
Dalam temubual yang sama, Aeril Zafrel mencabar David Teo untuk memfailkan saman terhadap dirinya jika benar apa yang dikatakan sebagai satu fitnah buat penerbit filem itu.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com