Elizabeth Tan Ada Bukti Shahrul Tunang Adira Cuba Mengurat

Friday, June 26, 2015 by
Elizabeth Tan

Penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock, Elizabeth Tan terkilan dengan tuduhan bahwa dirinya punca penyanyi Adira putus tunang.
Biarpun pahit, dia terpaksa menelan dakwaan sesetengah pihak mengenai hal itu kerana dia tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan mereka.
Dedah gadis tinggi lampai berketurunan Cina ini, Shahrul Nasrun (tunang Adira) sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya.
"Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back"
"Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata, "girlfriend je pun" (merujuk kepada Adira).
"Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth seperti yang dilaporkan blog hiburan Rotikaya.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com