Ramai Artis Turun Padang Sokong Perhimpunan 'Selamatkan Anak-Anak Gaza'

Monday, August 04, 2014 by
Antara barisan artis yang turun padang untuk menyokong Perhimpunan 'Selamatkan Anak-Anak Gaza'.



Serangan tentera Zionis terhadap Semenanjung Gaza telah meragut ribuan orang awam yang tidak berdosa di Palestin terutamanya kanak-kanak. Walaupun baru sahaja mengumumkan akan melaksanakan genjatan senjata kemanusiaan selama tujuh jam bermula hari ini di Semenanjung Gaza, ianya terus dikecam oleh ramai pihak seluruh dunia selepas hampir empat minggu konflik Israel membedil  penduduk Palestin tanpa belas kasihan.

Terbaru, atas keprihatinan yang berlaku di Semenanjung Gaza lebih 10 ribu rakyat Malaysia telah berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis.

Perhimpunan aman yang diberi nama ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’ anjuran Viva Palesina dan Aqsa Syarif diadakan bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis yang berperikemanusiaan membuat serangan tanpa belas kasihan walaupun penduduk Semenanjung Gaza sedang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan.

Turut tidak ketinggalan golongan artis tanah air yang turut sama menyertai perhimpunana mana ini termasuk Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Natasha Hudson, Heliza Helmi, Noh Hujan, Aisyah Sinclair dan ramai lagi.

Menurut wakil Viva Palestina, Shida Shahnan, perhimpunan ini untuk menyatakan solidariti yang bersifat dari insan kepada insan lain serta hak kemanusiaan penduduk Gaza yang dirampas oleh pihak Zionis dengan begitu kejam dan rakus.

"Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Semua bangsa tidak kira agama atau kepercayaan perhimpunan seumpama ini sebagai medium penting menyatakan suara kita dan tanda protes terhadap Israel,” jelasnya pendek.

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi merancakkan lagi perhimpunan ini antaranya ‘flash mob’, ucapan dan juga paparan 1000 biji belon  bagi menandakan penduduk Gaza yang terkorban.

Sama-sama kita berdoa semoga penduduk di Semenanjung Gaza terus dilindungi yang sedang menerima serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah menjadi mangsa korban konflik Israel-Palestin. Al-Fatihah.

(Kredit: astrogempak)

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com