Mila Jirin Rancang Kahwin Tahun Depan

Monday, August 04, 2014 by
Mila Jirin sudah berhijrah dengan mengenakan imej berhijab sejak Ramadan lalu.



Jika pelakon Eina Azman bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka Sikh pada hujung tahun ini, seorang lagi selebriti yang juga dijadualkan bakal mendirikan rumah tangga ialah Mila Jirin.

Mila, 27, yang merupakan bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima berkata dia sudah merancang untuk bernikah pada tahun hadapan.

Memetik artikel sebuah akhbar tempatan, Mila menyatakan, “InsyaAllah, memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya”.

Mila hanya merancang untuk mendedahkan identiti bakal suaminya apabila majlis mereka sudah dekat kelak.

Dalam pada itu, Mila juga merupakan antara sebilangan selebriti yang sudah berhijrah dengan mengenakan imej berhijab sejak Ramadan lalu, sama seperti Neelofa dan Ziana Zain.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com