Aidil dan Zarema bernikah pada 14 Mac lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar meminta suaminya, Adil Zafuan berubah untuk menjadi suami yang tegas dalam rumah tangga dan tidak membiarkan menjadi 'mangsa' dikongkong oleh isteri baharunya.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, bekas suaminya itu akan terus berhadapan dengan masalah jika niatnya untuk berjumpa anak-anak terus dihalang.
"Saya sangkakan Aidil sudah berubah (perangai) lamanya. Rupa-rupanya tidak! Saya minta jadilah suami yang tegas. Awak kena ingat, awak tu bekas duda yang ada anak," sindir Rita.
Rita berkata demikian ketika menghubungi mStar Online pada Jumaat sebagai mengulas permintaan Aidil atau nama sebanrnya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang meminta agar Rita tidak berterusan memburuk-burukan nama bekas suami sendiri dalam media massa.
Aidil dan Zarema bernikah pada 14 Mac lalu.
Aidil turut meminta Rita tidak menyalahkan isteri yang baru dikahwininya iaitu Zarema Zainal yang dikatakan menjadi punca dia sudah lama tidak berjumpa anak sendiri.
Terdahulu menerusi mStar Online Khamis lalu Rita mendedahkan Aidil sudah lupa tanggungjawabnya untuk menjenguk anak-anak sejak mendirikan rumah tangga.
Dalam perkambangan berkaitan Rita mendedahkan Aidil pernah mengadu sikap Zarema yang telah menyekat aplikasi WeChat dan WhatsApp mereka berdua kerana cemburu.
Malah Zarema juga menurut Rita bimbang seandainya Aidil masih menghubunginya untuk bertanya khabar sehinggakan semua mesej di telefon bimbit Aidil diperiksa oleh wanita itu.
"Saya tak akan mereka cerita sendiri tetapi perkara ini didedahkan oleh Aidil kepada saya. Aidil dan isterinya pernah bergaduh besar kerana sikap Zarema yang cemburu sehinggakan segala mesej di telefon Aidil disemaknya.
"Pernah pada satu malam saya mendapat banyak kali panggilan telefon daripada salah satu daripada nombor milik Aidil tetapi apabila saya jawab, tiada suara yang menyahutnya,” kata Rita.
Jelasnya, selepas membuat panggilan menerusi satu lagi nombor telefon Aidil dan memberitahu kejadian itu, Aidil agak terkejut sambil memberitahu kad sim untuk nombor telefon berkenaan dipegang oleh Zarema.
Rita turut menambah, Zarema pernah mengawal telefon milik Aidil terutamnya semasa sambutan ulang tahun Rita yang ke 38 pada 11 April lalu kerana bimbang Aidil akan menghantar mesej ucapan "happy birthday" untuk Rita.
"Selepas dari tarikh 11 April itu, Aidil tidak lagi menghubungi saya untuk bercakap atau pun membuat panggilan video dengan anak-anaknya yang berada bersama saya. Jadi, saya fahamlah dia sudah sukar untuk berhubung dengan anak-anaknya kerana masalah berkenaan,” dedah Rita lagi.
Rita bersama dua anak kesayangan hasil perkahwinannya dengan Aidil.
Lebih memeranjatkan kata Rita dia pernah menegur bebeapa status di Instagram (G) milik Aidil yang mendapat komen negatif pengikut-pengikutnya tetapi beritahu Aidil, akaun IG berkenaan sebenarnya dikemaskini oleh isterinya sendiri.
Malah Aidil juga tidak tahu kata laluan IG berkenaan.
"Selama ini orang ingat status di IG Aidil itu di’upadate’ oleh Aidil tetapi bukan dia yang buat sebaliknya orang lain. Ini semua Aidil mengadu kepada saya. Kalau tidak macam mana saya tahu?” soalnya.
Ditanya apakah tujuan mendedahkan cerita ini Rita berkata, dia berbuat demikian kerana marah dengan sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai kegagalannya untuk bertemu anak-anak sedangkan dia sudah bersumpah untuk berbuat demikian sebelum menikahi Zarema.
Tambah Rita, ketika anak-anak mulai ada perasaan sayang terhadap bapa sendiri selepas sekian lama ditinggalkan, seharusnya Aidil mengambil peluang berkenaan untuk bersama mereka dan bukannya menghilangkan diri.
"Saya mengambil masa untuk yakinkan anak-anak agar menyayangi ayah mereka dan Alhamdulillah, ia berjaya. Sebelum ini sembilam bulan Aidil tak ambil tahu tentang mereka dan sekarang dia buat balik perangai lamanya,” ujar Rita.
Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, yang berusia tiga tahun.
Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal pada 14 Mac lalu.
Oleh: MSTAR
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com