Diana Danielle Dan Syamsul Yusof Sudah Berbaik Semula

Thursday, January 20, 2011 by



MENYAKSIKAN beberapa keping foto kemesraan, Diana Danielle,20, bersama bekas teman lelaki, Syamsul Yusof, 27, yang sempat dirakam pada majlis anjuran Lord’s Tailor di ibu negara baru-baru ini, hakikatnya, tidak membuatkan Farid Kamil terbakar emosi cemburu.
Melatah atau melenting tidak tentu fasal, itu bukan sebenar Farid, 30.Apa yang pasti, dia dalam nada tenang, meluah sikap profesional menjadi pihak pemerhati dua insan – Diana dan Syamsul berbaik semula sebagai sahabat selepas hubungan cinta dibina putus di pertengahan jalan.



Syamsul dilihat memimpin tangan Diana sewaktu berjalan menuju ke pentas utama. Sama situasinya apabila pengarah filem Evolusi KL Drift itu sekali lagi menghulurkan tangan bagi memastikan bekas kekasihnya tidak tersadung atau terjatuh tatkala menuruni pentas.
“Saya tidak cemburu jika ditakdir Syamsul dan Diana berbaik semula sebagai sahabat baik. Lagipun, saya lihat sikap profesional mereka ini penting dalam kerjaya tambahan pula bidang seni bersifat kecil saja. Pusing kanan atau toleh kiri, kita tetap bersua di mana-mana majlis hiburan.
“Pendapat saya, ini semua hak masing-masing sama ada hendak berkenalan atau berbaik semula. Tiada apa perlu dipersoal kerana ia adalah hubungan antara insan,” akui Farid ketika ditemui pada majlis pratonton drama 7 Lagu di Cathay Cineplexes, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Mengulas dakwaan kononnya Farid sering cemburu buta dan gemar mengongkong buah hatinya mencakupi soal memilih kawan serta bermacam lagi syarat dikenakan sehingga menyebabkan Diana harus tunduk, ini jawapan pemuda tinggi lampai itu dalam nada lembut:
“Dalam kerjaya seni, saya meletak sepenuh kepercayaan terhadap apa yang Diana lakukan. Terus terang, saya tidak tahu dari mana timbul isu mengongkong tambahan pula tiada sebarang rungutan atau kata-kata keluar daripada mulutnya sendiri sebelum ini.”
“Paling penting, saya rasa sangat okey dan gembira apabila karier seni Diana semakin meningkat. Sudah tentu ia membanggakan saya sebagai antara individu yang rapat dengannya,” akui Farid tentang progres positif kekasihnya dalam melewati lapangan seni lakon.
Farid akui kelancangan.








Umum tahu, pergeseran berlaku antara Farid dan Syamsul selepas berakhir Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) beberapa bulan lalu. Ironinya,Farid memberi kenyataan seperti mempertikai kemenangan Syamsul sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem garapannya, Evolusi KL Drift.
“Cerita tentang pergolakan saya dan Syamsul seperti digembar-gembur dalam surat khabar dianggap berada di luar pemikiran saya. Tetapi, saya akui kelancangan mulut sendiri sehingga menyebabkan ada pihak terasa hati sekali gus manipulasi berlaku pada waktu sama.
“Sejujurnya, saya kenal Syamsul tidak lebih seperti pelakon dan pengarah. Lantaran itu, apabila timbul cerita saya merupakan kawan baiknya, saya jadi terkejut. Tidak terkecuali, saya tertanya kepada diri, apakah saya benar-benar sudah melupakan kawan.
“Tetapi, teman-teman baik saya terdiri daripada individu-individu dikenali sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah saja. Saya akui tidak rapat dengan kawan artis melainkan Maya Karin dan Bront Palarae,” akhiri Farid.
Oleh FAIZAL SAHARUNI

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com