Monica, Pelakon Terkenal Filem Tamil Peluk Islam

Monday, June 23, 2014 by
 Monica memilih nama Islam, MG Raheema




Pelakon terkenal India Selatan, Monica telah memeluk agama Islam pada 30 Mei lalu.

Beliau yang telah berlakon dalam lebih 50 filem bagaimanapun tidak mendedahkan kenapa memilih agama Islam, lapor portal Oneindia.

Monica mula menceburi industri perfileman melalui filem Avasara Police 100 ketika berusia tiga tahun telah berlakon lebih 50 filem.

Beliau yang dilahirkan pada 25 Ogos 1987 pernah menerima anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi Negeri Tamil Nadu.

Beliau juga merupakan pelakon popular dalam industri India Selatan yang lain seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Pada tahun 2001, Monica telah menukar namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

"Saya tidak menukar dengan sebab cinta atau wang, saya bukan orang seperti itu. Saya suka prinsip Islam, jadi saya memeluk agama Islam," tegasnya.

Setelah menganut Islam, Monica memilih nama MG Raheema iaitu mengambil sempena nama bapanya M - Maruthi Raj dan ibunya G-Gracy.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com