Isu OKU Terabai : Wardina Safiyyah Salahkan Polisi Negara, Puji Australia

Monday, June 23, 2014 by
Wardina Safiyyah

 


Hujung minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini.

Pelakon dan aktivis Wardina Safiyyah turut meluahkan pandangannya terhadap isu berkenaan. Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon sitkom Spanar Jaya ini meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara.

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com