Ramai yang sudah mengetahui mengenai pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul baru baru ini.
Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor dan isteri.
“Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri,” jelas sumber.
Erma Fatima dan suaminya, Bade Azmi.
Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma Fatima yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com