Julia Perez Enggan Jejak Kaki ke Malaysia

Wednesday, March 12, 2014 by



Aktres seksi Indonesia, Julia Perez masih trauma ekoran kontroversi yang mendakwa dirinya tidak memiliki permit bekerja juga isu perang di Twitter antara dia dan bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi, yang tercetus tahun lalu.

Justeru pelakon yang juga mesra dengan panggilan Jupe ini tidak mahu menjejakkan kaki ke Malaysia kerana khuatir nyawanya akan terancam.

"Saya masih trauma dengan persepsi negatif yang telah dilemparkan terhadap saya ekoran kontroversi lalu. Saya masih trauma di maki pada insiden lalu.

"Disebabkan itu saya tidak mahu datang ke Malaysia, buat masa ini. Saya bimbang akan keselamatan nyawa saya. Saya minta maaf.

"Tapi saya sangat sukakan Malaysia. Saya suka dengan orang-orang Malaysia. Saya seronok sepanjang menjalani penggambaran filem di Malaysia tahu lalu", kata Jupe kepada pihak media ketika di hubungi menerusi telefon sejurus usai sesi previu filem terbaru lakonannya, 'Fobia Malam Pertama'.

Pada bulan Disember tahun lalu, pihak Seniman yang ketika itu dipimpin oleh Zed Zaidi telah menyerbu lokasi penggambaran filem Fobia Malam Pertama arahan Murali Abdullah apabila terdapat dakwaan Jupe yang menjalani penggambaran filem tersebut tidak memiliki permit bekerja.

Dalam masa sama, nama Jupe semakin panas dan menjadi bualan ramai peminat Malaysia ekoran status di Twitternya yang mengkritik kualiti drama Malaysia. Lantas tercetusnya perang di antara dia dan Zed kerana masing-masing saling berbalas dengan kata-kata pedas.

Sementara itu pengarah filem tersebut, Murali Abdullah berkata, beliau memahami keadaan Jupe dan menerima keputusan aktres itu tidak mahu menyertai promosi filem 'Fobia Malam Pertama' di sini.

"Saya memahami keadaan dia. Tidak mengapa kalau dia tiada untuk promosi filem ni.

"Sepanjang mengarahkannya untuk filem ini, Jupe seorang pelakon yang sangat komited dan profesional. Sepatutnya Jupe dijadualkan menjalani penggambaran di sini selama enam hari. Tetapi pada hari ketiga penggambaran, lokasi kami di serbu dan Jupe terpaksa pulang ke Indonesia. Sewaktu dia hendak pulang, dia menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku", katanya.

Selain Jupe, 'Fobia Malam Pertama' turut dibintangi oleh Azad Jasmin dan Shafnida Shyuhaimi. Filem terbitan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn Bhd ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 13 Mac ini.



- mD

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com