Raja Azmi Berhabis RM1 Juta Untuk 'Anak Ikannya'

Sunday, March 24, 2013 by
Raja Azmi Raja Sulaiman




Penerbit filem popular,  Raja Azmi Raja Sulaiman berhabis sebanyak RM1 juta demi menghasilkan fiem terbarunya berjudul 'Anak Ikan'. Filem terbitan JAS Productions itu akan dibintangi oleh bakat baru, Davin Singh. Filem arahan menantu beliau, Shahdan Hashim itu yang dijangka akan memulakan penggambaran selepas April nanti.
Bercakap secara eksklusif kepada Utusan, Raja Azmi berkata, walaupun "anak ikan" beliau bukanlah berbangsa Melayu tetapi beliau yakin Davin mampu memberikan satu lakonan yang memuaskan.

"Setelah berbincang dengan pengarah filem, kami mengambil keputusan bahawa Davin Singh, anak jati Kuala Lumpur merupakan orang yang sesuai untuk mendukung watak utama dalam Anak Ikan," katanya.

Tambahnya, biarpun Davin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, namun beliau telah menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik dan mengasah bakat lakonan pemuda itu di tangan Khir Rahman.

Selain Davin, Raja Azmi berkata, pihaknya bakal mengadakan sesi pemilihan pelakon wanita yang akan digandingkan dengan Davin dan pelakon-pelakon lain untuk filem Anak Ikan dalam waktu terdekat ini.

Sebelum ini Raja Azmi pernah menerbitkan filem seperti filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela, Haru Biru, dan ... Dalam Botol.

Filem Anak Ikan, kata Raja Azmi lagi, adalah sebuah filem puaka yang diangkat daripada naskah cerpen dan diolah dan digarap untuk medium layar lebar.


- mD

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com