Pelakon Eina Azman Hampir Diperkosa Seorang Lelaki Berpangkat Datuk

Sunday, March 17, 2013 by
 Eina Azman

   

Pelakon yang terkenal dengan drama Mimpi Cinderella, Eina Azman dikatakan hampir menjadi mangsa perkosaan oleh seorang lelaki yang berpangkat Datuk.

Bercakap kepada Harian Metro, Eina menjelaskan, “dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya”.

Kejadian buruk itu dikatakan berlaku pada 8 Februari lalu pada kira-kira jam 11 malam.

Untuk makluman, Eina telah pun membayar RM175,500 untuk membeli sebuah kereta Mercedes yang berharga RM220,000.

Oleh kerana masih gagal untuk mendapatkan kereta yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dilakukan, Eina telah pun berjumpa dengan Datuk tersebut di sebuah hotel.

Eina, 18, yang merupakan anak saudara kepada penyanyi Juliza Adlizan turut dikaitkan bercinta dengan pelakon muda, Afiq Muiz turut mengatakan dia berasa sangat sedih dengan insiden yang menimpanya itu dan sama sekali tidak boleh menerima gangguan seksual yang cuba dilakukan oleh Datuk tersebut.

Hmm, lain kali kalau nak berurusan sesuatu perkara itu lebih elok rasanya ia dilakukan di tempat yang penuh dengan khalayak ramai.

Mungkin kes ini boleh menjadi pengajaran kepada semua wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati agar sesuatu tindakan itu tidak akan memakan diri di kemudian hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com