Kimora Lee Simmons Dan Nicole Scherzinger Hangatkan F1 Malaysia Grand Prix 2013

Monday, March 25, 2013 by
Sekumpulan penuntut UPNM bergambar bersama Kimora Lee Simmons di sewaktu di pelumbaan F1, Litar Sepang, semalam.

Banyak acara besar hiburan yang menarik berlangsung sepanjang hujung minggu lalu, di ibu kota Kuala Lumpur. Konsert, F1 dan... konsert, sebahagian acara yang masih hangat diperkata ramai malah kami pasti ianya akan terus menjadi bualan sepanjang minggu ini. Selain kemunculan artis-artis yang membuat persembahan, kehangatan acara tersebut di tambah lagi kehadiran ramai selebriti popular antarabangsa.

Antara yang hangat diperkata ramai, tidak terkecuali bintang televisyen, supermodel dan usahawati terkenal Kimora Lee Simmons. Tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlumbaan F1, Kimora tiba sehari lebih awal di tanah air. Difahamkan pemilik label fesyen Baby Phat ini turut meluang masa menghadiri acara malam gala yang diadakan di sebuah hotel terkemuka ibu kota pada malam Sabtu lalu.

Dan pada petang semalam lensa kamera Malaysian Digest.com tidak terlepas daripada merakam kehadiran figura ini di litar Sepang. 



Beberapa jam sebelum perlumbaan finale berlangsung, Kimora mengambil peluang bersiar-bersiar serta beramah mesra dengan para tetamu kehormat dalam dan luar negara.

Menarik dan kami kira, sangat bertuah bagi sekumpulan pasukan bakal tentera daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan figura kegemaran ramai ini. Selain Kimora, selebriti lain yang turut berada di tanah air seperti Kenny ‘Babyface’ Edmonds, Josh Hartnett, Teri Hatcher, Michelle Yeoh dan Ralph Johnson (Earth, Wind and Fire).



Penyanyi Nicole Scherzinger, yang sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada teman lelakinya, pelumba pasukan Mercedes AMG, Lewis Halminton. 
 
 Nicole Scherzinger
 
Sementara itu, tahniah kepada pelumba Sebastian Vettel dan pasukannya Red Bull Racing kerana berjaya mengungguli podium di Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2013, semalam.







- mD