Rabecca Nur Al-Islam Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Monday, November 05, 2012 by
Nor Anggun Raverra


 

Tahniah diucapkan kepada pelakon wanita, Rabecca Nur Al-Islam diatas kelahiran bayi perempuannya pada 2 November yang lalu.Walaupun sudah tiga hari berlalu,rasanya masih tidak terlambat untuk kita sama-sama meraikan kegembiraan Rabecca dan suaminya.

Becca selamat melahirkan Anggun secara pembedahan pada 2 November lalu, pukul 8.19 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Bayi tersebut dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Tambah Becca, dia dan Anggun akan menjalani rawatan susulan oleh doktor dan jururawat peribadi di rumahnya.

Ditanya mengenai perasaannya melahirkan Anggun selepas dua kali mengalami keguguran, dia bersyukur dan gembira apabila bayi yang dilahirkan itu sihat dan sempurna.

"Saya tidak sabar menunggu dan melihat setiap detik pembesaran Anggun dan semestinya saya ingin menghiasi dia dengan pakaian-pakaian yang comel.

"Suami dan anak lelaki saya, Adam Daniel turut teruja dengan kehadiran Anggun. Dia telah menyempurnakan hidup kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Jangan Tegur... Lagi itu akan berehat untuk sementara daripada dunia lakonan dan akan kembali aktif selepas empat atau lima bulan akan datang.

Becca telah mendirikan rumah tangga dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 44, pada 14 Januari 2011 di kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com