Model, pelakon dan penyanyi, Sheryln Chopra menimbulkan kontroversi hangat apabila dia tampil berbogel bagi kulit majalah Playboy, baru-baru ini.
Sheryln Chopra menjadi orang pertama dari India yang muncul sebagai penghias kulit majalah yang cukup sensasi itu.
Menerusi Murai.com, Sheryln memberitahu gambar bogelnya itu akan muncul pada hujung tahun ini atau paling lewat awal tahun depan.
Sheryln Chopra bersama Boss 'Playboy' Hugh Hefner
“Ramai yang tanya saya, bila gambar bogel saya itu akan muncul dalam Playboy.
“Saya diberitahu bahawa ia mungkin akan muncul sekitar penghujung 2012 atau pun awal 2013.
“Tak tahu bila tarikh sebenarnya, tapi tunggu sajalah,” katanya.
Tambahnya, dia menganggap peluang untuk muncul di majalah Playboy ada penghormatan terbesar buat dirinya.
Nampaknya, Sherlyn bakal mengikuti jejak langgah beberapa artis Hollywood seperti Charlize Theron, Marilyn Monroe, Drew Barrymore dan ramai lagi yang telah bergambar bogel untuk majalah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com