'NOAH' Nama Baru Bagi Kumpulan 'Peterpan'

Saturday, August 04, 2012 by


SHAH ALAM – Tidak sampai dua minggu selepas pembebasan vokalis Peterpan, Ariel, kumpulan itu sudah mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni suara di sana.

Kumpulan yang dianggotai lima pemuda itu sebulat suara memilih NOAH sebagai nama baru kumpulan yang sudah bertapak sejak 1997 itu.

Bekas ahli kumpulan Peterpan, Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza mengumumkan nama baru kumpulan itu melalui Twitter rasmi mereka sebelum sebuah sidang media khas mengenai perkara itu diadakan.

Dengan kelahiran nama baru ini, NOAH kini seakan memperolehi semangat baru untuk menyiapkan album terbaru mereka yang kini dilaporkan sudah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka di luar sana.

Sebelum ini, kes Ariel telah menggemparkan semua peminatnya dengan penyebaran video aksi seks dengan bekas kekasihnya, Luna Maya dan juga aktress serta pengacara terkenal, Cut Tari pada 2010.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 31 Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua artis wanita terbabit.

Bagaimanapun, dia telah diberi pembebasan bersyarat pada 23 Julai lalu setelah dia menjalani hukuman dengna berkelakuan baik.

Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri  ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Perbicaraan itu yang bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarah kerana ia merupakan kes pornografi yang pertama yang diadili di mahkamah Indonesia