Kenapa Nora Danish Sukar Untuk Melakonkan Adegan Romantik Dan Ranjang ??

Friday, August 10, 2012 by

Babak-babak romantik dalam filem 'Mencari Cinta'.


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish berkongsi pengalaman sukar untuk melakonkan adegan romantik dan ranjang bersama pelakon Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cinta disebabkan sifat lelaki tersebut yang kelakar.

Nora, 30, berkata, ketika babak asmara melibatkan mereka dilakonkan dia tidak dapat menahan ketawa apabila melihat wajah Rusdi sehingga penggambaran terpaksa dilakukan berulang kali.

"Rusdi adalah seorang pelakon yang kelakar dan ceria ketika berada di set penggambaran. Apabila perlu melakonkan watak romantik dan ranjang bersamanya membuatkan saya ketawa.

"Bagaimanapun masalah itu hanya sementara kerana selepas beberapa hari penggambaran, kami mula menjiwai watak masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Poster Filem 'Mencari Cinta'

Bagaimanapun kata Nora, dia gembira dapat bergandingan dengan pelakon pengalaman itu yang disifatkan sebagai individu yang hebat.

Nora memberitahu, bekerja dengan Rusdi memberikan dia banyak kelebihan disebabkan aktor berusia 42 tahun itu tidak lokek dengan ilmu.

"Bukan mudah untuk berlakon adegan romantik dan ranjang tetapi ia banyak dibantu oleh Rusdi yang lebih banyak pengalaman selain kesudiannya memberikan tip supaya tidak kelihatan kekok," ujarnya.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia tidak menyangka filem genre romantik sebenarnya sangat sukar dan mencabar walaupun ia kelihatan mudah.

Kata Nora, penghayatan mendalam sangat diperlukan bagi menjiwai watak dan mengakui banyak belajar daripada pengarahnya iaitu Shirin Khuzaimie.

"Saya lebih dikenali dalam watak sebagai gadis ceria atau pun komedi dan ini adalah kali pertama percubaan saya untuk membawakan watak romantik.

"Walaupun disangka mudah tetapi secara dasarnya ia sangat sukar dan memerlukan penghayatan yang teliti," katanya.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan oleh Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Ia akan ditayangkan pada Disember depan.

‘Mencari Cinta’ mengisahkan mengenai percintaan selepas perkahwinan yang berlandaskan kisah Rasulullah sendiri. Skrip filem ini sudah disimpan sejak tiga tahun lepas yang pada asalnya dirancang untuk di buat drama.

Filem bergenre Islamik tapi lebih kepada komersial adalah lakonan Nora Danish,Rusdi Ramli,Riezman Khuzaimi dan Connie Ahmad. Di arahankan oleh Shirin Hj Khuzaimi terbitan Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates .

Sinopsis Filem Mencari Cinta

Berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh. Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Jodoh temukan Myra dan Razlan…disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik.

Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.