Aidil Zafuan Beri Penjelasan Sebab-Sebab Mahu Berbaik Semula

Thursday, May 17, 2012 by
Aidil Zafuan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
  

Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan suami isteri- bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar nampaknya masih belum menemui jalan penyelasaian.

  Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah  Daerah Petaling, Shah Alam petang semalam, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang difailkan minggu lalu.

Keputusan yang dibuat Aidil itu nyata memeranjatkan Rita apabila pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu memohon untuk menarik balik kes tuntutan lafaz cerai terhadapnya. Ini kerana
permohonan tersebut telah difailkan pada petang Selasa lalu iaitu sehari sebelum prosiding, oleh pihak plaintif (Aidil) atas alasan,

Pertama- permohonannya sebelum ini di bawah Seksyen 47 tidak boleh diteruskan kerana defendan tidak bersetuju dengan permohonan cerai tersebut.

Kedua-demi anak-anak Aidil mahu berdamai kembali dengan isterinya itu sekaligus mahukan perkahwinan mereka kekal.

Ketiga-jika diteruskan juga kes tersebut, akan ada campur tangan pihak ketiga dan Aidil yang diwakili peguam Wan Mahyuddin Wan Muhamad, risau serta bimbang perbincangan tersebut akan mengeruhkan lagi hasrat untuk berdamai. Justeru, Aidil mengambil inisiatif untuk menarik balik perkara tersebut.

"Sewaktu sebutan kali pertama lalu, dia meminta saya kemukakan sebab kenapa kami perlu bercerai. Pada pemahaman saya, itu tanda dia (Rita) tidak mahu bercerai dan saya buat keputusan untuk tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan ketika ditemui di luar dewan sejurus selepas prosiding berlangsung.

Dalam pada itu peguamnya memberitahu, pihaknya akan memberikan notis kepada peguam Rita berkenaan meminta pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuan suaminya di rumah yang disediakan oleh plaintif di USJ 1 dalam tempoh sebelum kes ini disebut semula pada 18 Jun depan

"Kami akan beri notis kepada peguam Rita meminta Rita kembali ke pangkuan suami di rumah yang disediakan oleh plaintif di USJ 1. Dalam masa yg sama kalau dia bersetuju dengan arahan tersebut, perkara ini akan selesai. Kes yang kami failkan ini adalah sebagai satu tindakan susulan. Kalau notis tu dia tak balik, kes ini akan tetap diteruskan", ujar Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Minta Rita Kembali Taat, Pindah Rumah
Ditanya keputusannya itu dibuat kerana masihkan sayangkan Rita dan anak-anaknya, Aidil memberitahu,

“Jika boleh saya memang nak kembali bersama dengan dia balik. Tipulah saya cakap saya tak sayangkan anak-anak. Saya juga masih sayang pada dia, tapi bila dia selalu buat kenyataan memburukkan saya di akhbar dan cakap tentang keluarga saya masuk campur, itu buat saya rasa makin lama seolah-olah dia sengaja nak memalukan saya",

"InsyaAllah, jika dia boleh jadi isteri yang baik, mendengar cakap saya dan boleh ikut apa keluarga suami kehendaki, saya akan baik balik dengan dia. Saya buat macam ini pun demi anak-anak dan saya masih sayangkan anak-anak.”

Di tanya juga apa rasionalnya atas tuntutan pindah rumah, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang diberikan majikan beliau kini dan sesuai dengan pendapatannya sekarang.

"Rumah kat Damansara rumah sewa. Sekarang ni saya dah ada rumah sendiri diberi oleh majikan saya. Jadi saya rasa buat apalah membazir duit. Lagipun saya dah sediakan semuanya di rumah itu",katanya lagi.

Sementara itu, disebabkan Aidil menarik semula tuntutan lafaz cerai, selaku plaintif dia di minta oleh pihak defenden (Rita) untuk membayar kos ganti rugi sebanyak RM500 kepada wakil pihak Rita. Wakil tersebut adalah bapa tiri Rita yang sebetulnya hadir untuk sesi proses pendamaian.

Bagaimanapun Aidil telah meminta untuk mengurangkan bayaran tersebut menjadi RM100. Namun setelah meneliti semua perkara, hakim telah menetap Aidil agar membayar RM250.00.

"Berkenaan RM250 itu kita akan reveal pada peringkat lain sama ada nak bayar atau buat rayuan", ujar Wan Mahyuddin ketika di minta mengulas mengenai tuntutan tersebut.

Oleh Farahanim Rahim