KUALA LUMPUR: “Saya tidak terkejut dengan perkhabaran itu, sebaliknya rasa begitu kelakar,” kata pelakon, Nisdawati Nazaruddin (Lisdawati), 32, selepas ditanya mengenai suaminya, pelakon, Fauzi Nawawi, 38, didakwa mempunyai ‘kekasih gelap’.
Lisdawati berkata, dia langsung tidak terkejut biarpun diberitahu mengenai cerita kurang enak membabitkan suaminya semalam, sejurus satu blog hiburan melaporkan Fauzi Nawawi kini mempunyai kekasih gelap.
“Saya seorang yang mudah... kalau memang betul Fauzi ada gadis baru, wanita lain atau pun skandal, silalah kedua-duanya tampil ke hadapan.
“Saya janji demi nama Allah, saya tidak akan marah mereka, cuma saya nak tanya kedua-dua pihak, betul ke korang (kamu berdua) ni skandal? Apa yang korang (kamu) nak? Itu je,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kata Lisdawati, apa yang penting dia amat mempercayai suaminya.
“Saya tak boleh menerima kebenaran tanpa bukti yang kukuh. Sudah-sudahlah membuat gosip kerana orang tidak mengenali Lisdawati dan Fauzi,” katanya yang menganggap cerita disampaikan itu kurang bijak.
Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata, dia terkejut dengan laporan dianggap fitnah itu.
“Saya tidak pernah bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada orang lain, termasuk kepada ibu sendiri atau ibu mentua. “Saya menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kekasih gelap,” katanya bagi menangkis dakwaan blog hiburan yang melaporkan dia mempunyai ‘skandal baru’ selepas lampiran mesej di Blackberry Messenger (BBM) miliknya menunjukkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang selain memberitahu mahu berkahwin lain.
“Sejak bila saya ada kekasih gelap? Sekarang ini teknologi semakin canggih dan nama yang terpampang di screeshoot (lampiran mesej) BBM hanyalah satu penyamaran. Selain itu, gambar digunakan juga diciplak daripada gambar saya,” katanya.
Menurut Fauzi, paparan mesej BBM itu hanya rekaan semata-mata kerana ada individu yang iri hati dengannya.
“Mustahil untuk saya menceritakan masalah rumah tangga sendiri kepada sesiapa saja, apa lagi untuk berkongsi perkara itu di Blackberry kerana saya tidak mempercayai orang ketiga,” katanya.
Ketika ditanya sama ada akan mengambil sebarang tindakan, Fauzi memberitahu, dia akan membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada peguam peribadi.
Dia berkata, fitnah terbabit antara permainan dalam industri hiburan kerana ia berniat untuk menjatuhkan dirinya selain memecahbelahkan rumah tangga, sedangkan hakikatnya dia dan isteri (Lisdawati) hidup bahagia.
Katanya, dia ada memberitahu perkara itu kepada Lisdawati, namun isterinya hanya ketawa besar.
“Saya mahu menegaskan biar apa pun yang terjadi saya tidak akan meninggalkan isteri saya,” katanya.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Lima keping screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang didedahkan oleh blog rotikaya.com
Ingat lagi minggu lepas kami katakan yang akan ada kisah besar untuk kami kongsikan minggu ini? Inilah dia. Lambat kerana masalah teknikal.
Minggu lalu, kami menerima e-mail daripada satu sumber yang rapat dalam industri hiburan mengatakan ini adalah bukti sahih tentang gossip Fauzi Nawawi selama ini.
Lima keping screenshot Blackberry Messenger (BBM) di sertakan untuk menyakinkan dakwaan beliau itu — Fauzi Nawawi ada menyimpan kekasih lain di luar.
Berdebar juga kami membaca lampiran yang di sertakan yang antara lain mendakwa Fauzi Nawawi ada menyebut tentang niat berkahwin lain kepada kekasih gelap beliau menerusi BBM.
Apa yang kami faham, antara sebab kenapa Fauzi Nawawi ingin berbuat demikian adalah kerana isteri beliau, Lisdawati yang lebih pentingkan ibu & adik beradik sendiri berbanding suami.
Kami berjaya menemui beberapa orang dalam industri untuk mengesahkan identiti BBM Fauzi Nawawi dan 99% bersetuju ini memang akaun BBM milik pelakon terkenal itu.
Screenshot di bawah di katakan di ambil ketika Fauzi Nawawi cuba untuk keluar rumah bertemu dengan kekasih gelap beliau tetapi tiba tiba saudara mara datang ke rumah untuk berkunjung — di hari raya Aidiladha.
Kredit: Sumber
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com