Tahniah!! Pelakon Natasha Hudson Kini Bertudung

Sunday, April 08, 2012 by


Nampaknya seorang demi seorang selebriti kita mula memakai hijab atau bertudung.

Penulis tak mahu bersangka negatif kerana akhirnya niat sebenar mereka hanya Allah yang tahu, pun begitu penulis angkat topi kerana ia merupakan satu keputusan yang berani  biarpun industri hiburan kita bukanlah memihak sangat kepada artis-artis yang bertudung ini.

Dan bagi pelakon Natasha Hudson, keputusannya untuk mengenakan hijab dibuat ketika dia berada di Tanah Suci.

Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka.

“Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan.  Bakal suami, Carleed juga gembira dengan imej baru ini.

“Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar.

” Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah.

Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan,” ujar Natasha dengan nada gembira seperti yang dipetik dalam potal hiburan GUA.

Dalam pada itu, Natasha bakal menamatkan zaman solonya bersama Carleed, 33, pada 15 April hadapan. Pasangan ini memilih Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dan majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi.



(Gambar Fail) Natasha Hudson dan bakal suaminya Khalid Kamal (Carleed).

Menurut Natasha, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid.

“Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.

“Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja,” ujar Natasha.

Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran.

Apapun tahniah buat Natasha, tahniah buat Carleed. Semoga ikatan jodoh yang terbina kekal untuk selama-lamanya. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com