Mamat 'Exist' Hidup Merana

Tuesday, September 02, 2014 by
Mamat kini menumpang di rumah kenalannya di Kuala Lumpur.


PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.

"Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.

"Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.


Mamat muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta.
 

Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

"Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|

"Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan," ujarnya.

Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.

"Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat," ujarnya.

Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus.


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com