Pelakon Eina Azman Bakal Berkahwin Dengan Jejaka Sikh

Monday, August 04, 2014 by
Eina Azman bersama bakal suami, Datuk Paduka Gurmet Singh.  

Walaupun sebelum ini nama pelakon Eina Azman sering terpalit dengan kontroversi namun itu tidak menghalang aktres ini untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Paling membahagiakan, dia kini sedang hangat bercinta dan bakal mengakhiri zaman bujang bersama kekasi hatinya iaitu seorang jejaka berketurunan Sikh, Datuk Paduka Gurmit Singh, 35.

Menurut Eina, walaupun dia baru berusia 19 tahun namun dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada ahli perniagaan tu.

“Saya akui ia bukanlah cinta pandang pertama namun perasaan itu hadir secara perlahan-lahan.

“Dia (Gurmet) adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan suka menasihati saya selain bersikap matang.

“Bila kita berkenalan dengan orang yang lebih berusia daripada kita, saya dapat rasakan banyak perbezaannya… Orang muda hanya lebih banyak berangan-angan,” katanya seperti yang dipetik laporan Harian Metro.

Selain itu, Eina atau nama sebenarnya Nur Eina Azman memberitahu mereka bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada penghujung tahun ini.

“Hubungan kami telah direstui kedua-dua belah pihak dan jika tiada aral melintang kami bercadang untuk menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini tanpa majlis pertunangan.

“Saya tidak rasa perbezaan umur sebanyak 15 tahun menjadi halangan kepada hubungan kami… Malah kami juga berasa selesa diantara satu sama lain dan boleh menyesuaikan diri,” ujarnya.

Mengulas mengenai kariernya dalam bidang lakonan, Eina berkata dia tidak bimbnag sekiranya kedudukannya sebagai pelakon akan tergugat selepas mendirikan rumahtangga kerana dia percaya rezeki ada di mana-mana.

“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin ini secara tergesa-gesa… Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main.

“Sebaliknya kepurusan ini dilakukan setelah saya berfikir dengan mendalam… Sama ada lambat atau cepat, saya tetap akan berkahwin juga suatu hari nanti.

“Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana… Saya sudah serik dikaitkan dengan kontroversi dan saya harap semoga perkahwinan ini akan membuatkan hidup saya lebih aman dan tenteram.” jelasnya.

Tambah Eina lagi, pemahaman Gurmet mengenai Islam banyak dibantu dan diajar oleh ibunya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Eina bakal muncul dalam drama 13 episod berjudul ‘Pengantin Madu’ bersama Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin dan Falisha Crossley.

(Kredit: Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com