Awie dan Erra Beraya Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi

Monday, July 28, 2014 by



Sangkaan awal, pasti mustahil untuk me­nyatukan mereka bagaimanapun telahan penulis tersasar saat Awie akhirnya melangkah masuk ke ruang Heritage Club, The Royale Chulan, Kuala Lumpur petang Ahad lalu. Erra yang tiba 40 minit awal turut menyambut kehadiran Awie dengan satu tepukan.

Dari mula sehingga baki terakhir sesi fotografi, suasana disulami senda tawa, usik-mengusik dan sesekali babak ‘perang mulut’ antara mereka.









Jelas sekali tiada sekelumit pun dendam bersarang di hati dua figura Melayu yang sangat hebat itu, meskipun pernah ada ikatan istimewa di hati masing-masing pada zaman berlakon dengan Datuk Yusof Haslam dulu. Inilah yang dinamakan profesionalisme.

Menariknya, paduan bintang Sembilu itu bukan saja dalam persalinan tradisional dan moden, tetapi juga bergaya dengan kostum ranggi apabila memacu motosikal berkuasa tinggi kepunyaan mereka jenama Harley Davidson. Erra menunggang V-Rod yang bernilai hampir RM160,000 manakala Awie pula tampak ‘macho’ dengan Street Glide.

Apa relevannya konsep sebegini diketengahkan?

Ia sebenarnya adalah permintaan Awie sendiri yang mengusulkan fotografi raya yang menongkah kebiasaan. Apatah lagi, beraya menaiki motosikal  ini bukanlah asing sangat bagi Awie dan Erra.

“Tunggang motor besar sambil berbaju Melayu, itu belum pernah buat lagi (tertawa). Memang tidak sesuai sebabnya kalau bawa motor besar, kena pakai baju seperti saya dan Erra sekarang.

Oleh Norhadiani Baharom