Jue Aziz Kecewa Anak Angkatnya Dituduh Anak Haram

Tuesday, June 10, 2014 by
Jue Aziz (kiri) bersama anak angkatnya, Darwish dan Bayu.




Hati ibu manalah yang tidak sedih dan kecewa apabila anak mereka dituduh sebagai anak haram ataupun anak luar nikah.

Sebelum ini pelakon Jue Aziz pernah mengeluarkan kenyataan dia mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish, namun tak disangka-sangka banyak pihak di luar sana membuat khabar angin mengatakan Darwish sebenarnya anak kandung Jue.

Dan disebabkan perkara itulah Jue dikatakan menyorok statusnya pernikahan dengan seorang pemuzik dari Indonesia, Bayu.

Jue turut mendedahkan Darwish sebenarnya sudah kematian ibu kandungnya.

Memetik kenyataannya dalam program Melodi semalam, Jue mengatakan, “saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, takpelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka”.

“Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa,” ujar aktres berusia 31 tahun ini. 

Hmm, sabar sahajalah Jue, apa yang penting jangan dihiraukan cakap-cakap orang luar yang tiada kena mengena dalam hidup anda,yang lebih penting semoga perhubungan keluarga ini akan bertambah erat di sebalik segala kontroversi yang menghimpit.

Oleh: Audrey Lee