Komposer Indonesia Tuduh Katy Perry Ciplak Lagu Nike Ardilla

Sunday, April 06, 2014 by
Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry yang dikatakan meniru lagu Indonesia bertajuk Tinggallah Kusendiri.


KOMPOSER Indonesia Yuke NS mendakwa lagu nyanyian Katy Perry berjudul Dark Horse mempunyai melodi yang hampir sama dengan lagu ciptaanya berjudul Tinggallah Ku sendiri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Nike Ardilla.

Portal DetikHot.com melaporkan, Yuke memberitahu, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai persamaan ketara pada bahagian intronya.

"Saya cuba teliti lagu Dark Horse mempunyai persamaan pada bahagian intro dan saya sangat pasti mereka mengambil melodi yang sama untuk lagu nyanyian Katy Perry itu," katanya.

Katy Perry diberi tempoh sebulan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan menciplak lagu tersebut.

Bagaimanapun, Yuke berkata dia tidak pasti sama ada Katy Perry sengaja menciplak karya itu atau ia hanya secara kebetulan.

Lagu Katy berjudul Dark Horse dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Tinggallah Ku Sendiri nyanyian Nike Ardilla.

Pihaknya telah menghantar surat teguran dan meminta penjelasan daripada penyanyi itu dalam tempoh sebulan.

"Kami memberi tempoh satu bulan kepada pihak pengurusan Katy Perry untuk memberi penjelasan dan jika tiada apa-apa tindakan kami akan beri surat teguran kepada pihak pengurusan penyanyi itu di Indonesia," katanya.
Tambah Yuke, protes itu dilakukan berikutan lagu tersebut akan dinyanyikan semula oleh kumpulan baharu, Moza.

"Lagu ini kita akan memberi nafas baru dan akan dinyanyikan semula oleh kumpulan Moza, tapi saya bimbang orang ramai akan mempertikaikan keaslian lagu ini dan mendakwa kami meniru lagu Katy Perry. Sebab itulah kami mahu permasalahan ini selesai dahulu," katanya.


Cuba pembaca amati sendiri lagu Katy berjudul 'Dark Horse'.





Sekarang kita dengar pula lagu 'Tinggallah Ku Sendiri' nyanyian Nike Ardilla.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com