"Hanez Suraya Rampas Suami Saya" - Liyana Manan

Wednesday, March 05, 2014 by


 Gambar percutian Hanez Suraya dan kekasihnya di Bangkok, Thailand.



Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya
 
“SAYA nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri ‘R’ yang sah.”

Itu antara luahan isteri kekasih pelakon Hanez Suraya, Liyana Manan menerusi sisipan B*Pop baru-baru ini.




Dia menyatakan kekesalannya selepas episod penafian demi penafian yang dilakukan oleh pelakon itu berhubung status kekasihnya yang dikenali sebagai ‘Mr.R’.

Hanez yang pernah ditebak dengan persoalan mengenai status kekasihnya sebelum ini berkata, lelaki itu merupakan duda anak dua.

Tidak lama selepas itu, dia memohon maaf dan menafikan bahawa ‘Mr. R’ seorang duda sekaligus membongkar kisah sebenar yang terjadi antara mereka.

“Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.

“Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.


Gambar Hanez Suraya bersama anak-anak kekasihnya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. 

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumahtangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” ujarnya lagi.

Liyana berkata, suaminya mula berubah sikap termasuklah gemar membawa telefon bimbit walaupun pergi ke tandas.

“Sebelum ini saya hanya dapat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.

“Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.

“Saya terseksa apabila sering dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.

“Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan,” jelasnya.

Menerusi pendedahan ini, wanita ini turut menyertakan bukti gambar percutian pelakon itu dan suaminya di Bangkok, Thailand.


Mungkin Hanez boleh dikatakan ‘beruntung’ kerana Liyana seorang wanita yang cukup penyabar kerana tidak menyerangnya biarpun dia mempunyai nombor telefon pelakon itu.

Di akhir perbualannya, dia sempat menitipkan pesanan buat Hanez:

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormati perasaan saya selagi saya bergelar isteri Mr.R.”

Memang sedih sebenarnya membaca setiap baris kata-kata Liyana ini.

Bayangkan jika anda berada di tempatnya, entah apa yang akan anda lakukan ketika melihat suami yang pernah bersama ketika susah-senang bercanda-ria dengan wanita lain yang belum mempunyai sebarang ikatan sah.

Kepada ‘Mr.R’, diharap anda tidak akan terus menyorok dan mendiamkan diri bagai seorang pengecut.

Jika benar anda sudah tidak ada hati dengan isteri, selesaikanlah dengan cara yang baik.

Diharap agar Liyana terus bersabar kerana kami yakin pasti ada hikmah di sebalik kepayahan yang dihadapi sekarang…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com