Panas!! Sharnaaz Dakwa ND Lala 'Pusing Cerita'

Friday, February 01, 2013 by

  
 
Berhubung kenyataan balas bapa penyanyi Shila Amzah yang menegur Sharnaaz Ahmad agar cinta hati anaknya tidak terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.

Malah ND Lala meminta Sharnaaz jangan bersikap biadab gara-gara aktor itu lantang mengatakan dia mahu merisik Shila pada Mac ini.




Ada laporan terbaru menyebut, Sharnaaz menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan ibu bapa kekasihnya itu. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Jadilah seperti seorang lelaki” kata Sharnaaz seperti yang dilaporkan dalam portal murai.com

Tambahnya, “Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

"Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?", katanya lagi kepada portal berkenaan.

- mD