Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Sah Bergelar Suami Isteri

Wednesday, October 17, 2012 by
Gambar pertama Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor selepas secara rasmi bergelar pasangan suami isteri setelah melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.

MUMBAI - Bintang utama Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor melangsungkan perkahwinan mereka, yang dilaporkan dinanti-nantikan dalam dunia filem India, hari ini.

Perkahwinan pasangan itu, yang berkenalan sejak lima tahun lalu, telah didaftarkan di rumah Saif Ali di Bandra di sini, petang semalam.

Laporan media menyebut kawan rapat dan anggota keluarga menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Sebaik sahaja ucapara perkahwinan berakhir, kedua-dua Saif Ali dan Kareena muncul di luar rumah sambi melambai ke arah peminat masing-masing.

Parti perkahwinan diadakan di hotel Taj Mahal Palace.

Saif Ali merupakan anak kepada bekas kapten pasukan kriket Mansur Ali Khan Pataudi dan Sharmila Tagore, yang juga bekas aktres.

Kareena, 32, pula merupakan cucu pelakon dan penerbit filem Raj Kapoor dan anak saudara kepada pelakon Rishi Kapoor.

Kedua-dua ibu bapa dan kakak Kareena juga berkecimpung dalam dunia filem.

"Ia majlis perkahwinan yang diadakan secara pendaftaran dengan tiga saksi iaitu bapa Kareena, Randhir Kapoor, ibunya Babita dan ibu Saif Ali, Sharmila Tagore," lapor Press Trust of India yang memetik Pendaftar Perkahwinan, Surekha Ramesh.

Rishi berkata, majlis resepsi akan diadakan Delhi dalam waktu terdekat.

Pasangan itu meminta agar pendaftaran diadakan di rumah mereka dan dikenakan caj.

Saif Ali, 42, pernah berkahwin dengan aktres Amrita Singh dan mempunyai dua anak yang sudah pun remaja manakala bagi Kareena, ini adalah perkahwinan yang pertama.

Saif Ali telah berlakon lebih 40 filem manakala Kareena pula sekitar 50 filem.