Luna Maya Gembira Ariel Peterpan Bakal Dibebaskan

Monday, July 16, 2012 by
Luna Maya melahirkan rasa syukur di atas pembebasan bekas kekasihnya, Ariel daripada penjara.

PELAKON dan penyanyi terkenal Indonesia, Luna Maya melahirkan rasa gembira apabila mengetahui bekas kekasihnya iaitu vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bakal dibebaskan daripada penjara pada 23 Julai ini.

Luna yang pernah dikaitkan dengan salah satu video seks bersama Ariel memberitahu dia mendoakan yang terbaik buat Ariel selepas dia dibebaskan nanti dan berita tersebut adalah paling gembira buat dirinya dan semua peminat penyanyi itu.

"Berita itu amat menggembirakan kepada semua peminat, ahli keluarga Ariel yang sentiasa mengharapkan dia akan dibebaskan dan saya mendoakan kehidupannya lebih baik selepas ini," ujarnya.


Ariel bakal dibebaskan daripada penjara pada 23 Julai ini selepas dua tahun menjalani hukuman.

Ariel yang sepatutnya menjalani hukuman penjara selama tiga tahun setengah bakal dibebaskan dari Rumah Tahanan Kebon Waru Bandung pada 23 Julai ini selepas menjalani 2/3 masa hukumannya.

Dia didapati bersalah kerana menghasilkan video lucah bersama aktres Luna Maya dan penyampai televisyen Cut Tari.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com