Anzalna Terkejut Dengan Tulisan Artikel Tentang Dirinya

Thursday, June 14, 2012 by
 Anzalna Nasir


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang terjebak dalam kontroversi terbaru, Anzalna Nasir mengakui terkejut dengan penulisan seorang wartawan, Zubir dalam sebuah artikel hiburan tentang dirinya baru-baru ini.

Dalam blog gosip hiburan Rotikaya.com, Anzalna menyatakan berulang kali memberi peringatan kepada wartawan itu untuk tidak menyiarkan dan menulis kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Malah, dia juga tidak tahu maklumat terperinci dalam artikel tulisan hiburan itu sehingga tercetusnya perang dingin dengan Neelofa.

“Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” Kata Anzalna.

Anzalna turut berasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Neelofa yang telah pun melantik dua orang peguam bagi menangani kes tersebut.

Bagi Anzalna, perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara baik dan tidak perlu ditarik ke peringkat mahkamah.

Neelofa


Tasha Shilla

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa dan tindakan selanjutnya. Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” katanya.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sidang media tergempar di Bandar Utama berhubung isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Neelofa telah melantik dua orang peguam bagi menyelesaikan kes fitnah tersebut.

Malah, pelakon wanita dan pengacara rancangan Nona itu juga memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Anzalna untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap segala fitnah yang telah dikatakan oleh Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang.

“Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” kata Neelofa.