Krisdayanti dan suaminya,Raul Lemos.
JAKARTA: Diva pop Indonesia Krisdayanti (KD) akhirnya mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia sering berjauhan daripada suami, Raul Lemos.
Penyanyi lagu Mencintaimu itu mengakui dia selalu ditinggalkan bersendirian di kediaman mereka di Dili, Timor Leste kerana kesibukan suaminya dengan pelbagai tanggungjawab.
“Suami saya bekerja ke sana sini, jadi kami memang berulang-alik di antara Jakarta dan Dili sejak dulu lagi. Kalau dia tidak keluar bekerja bagaimana hendak menanggung kehidupan kami anak-beranak? Raul seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab,” ungkapnya kepada portal detikHOT, baru-baru ini.
KD turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah walaupun kerap ditinggalkan Raul atas urusan kerja.
Gambar Aryana,anak Krisdayanti dan Raul.
Namun, penyanyi ini dikhabarkan akan bertengkar dengan Raul sekiranya terdapat beberapa masalah berkenaan urusan rumah tangga mereka yang tidak diselesaikan.
“Itu berita sangat tidak benar,” tegasnya.
KD turut menyangkal dakwaan mereka kini dalam proses untuk membeli sebuah rumah di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan.
“Saya tidak akan berpindah ke mana-mana. Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membeli rumah. Urusan keluarga adalah tanggungjawab suami saya. Kami masih tinggal di apartmen,” akuinya.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada 20 Mac tahun lalu, pasangan itu menetap di kampung halaman Raul.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com