Kata Raffi, Yuni tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan dia dan keluarga terutama sekali melibatkan harta dan wang.
"Saya mahu jelaskan di sini khabar angin tentang perkara itu tidak benar sama sekali. Yuni tidak pernah minta wang dari saya," katanya seperti dipetik DetikHot.com.
Babak-babak romantis disaat-saat sedang hangat bercinta.
Raffi turut menegaskan Yuni banyak mendapat pekerjaan dari adiknya, Krisdayanti.
"Kerja dan pendapatan dia lebih banyak dari saya, mana mungkin dia mengambil harta saya," katanya.
Dalam pada itu, Raffi mengakui dirinya masih berharap hubungan mereka kembali seperti dahulu.
Bagaimanapun, dia mengakui sulit untuk memperbaiki hubungan tersebut.
"Hubungan kami dari dulu sampai sekarang terlalu banyak dugaan dan sekarang sangat susah untuk diperbaiki lagi," katanya.
Tambah Raffi lagi, ketika ini dia dan Yuni jarang berhubung disebabkan masalah-masalah tertentu. Dia juga mengakui dirinya kini berasa kekosongan tanpa Yuni.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com