Ana Raffali
Ana dikatakan tidak meminta maaf kerana datang lewat dalam satu majlis besar sehingga membuatkan artis lain ternanti-nantikan kehadirannya.
Katanya, perkara itu terjadi disebabkan salah faham antara pihak penganjur dan pengurusannya.
“Saya kecewa apabila cerita tersebut telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tidak bekerjasama dan bersikap kurang ajar.
“Sebenarnya lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang telah disampaikan sehingga orang menganggap saya benar-benar bermasalah,” katanya.
Justeru perkara tersebut turut menyebabkan timbul rasa kurang senang beberapa pihak terhadapnya.
“Memang saya terlambat, tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu," katanya.
Jelas Ana, perkara tersebut berlaku berikutan pihak penganjur telah datang lebih awal di hotel penginapannya berbanding waktu sebenar.
“Mereka beritahu akan datang pada pukul 12.30 tengah hari tetapi mereka telah sampai lebih awal setengah jam dari waktu tersebut dan ketika itu saya sedang bersiap.
Akibat kejadian itu, Ana memberitahu dia sudah pun berkali-kali meminta maaf kepada pihak penganjur tentang perkara tersebut.
“Saya rasa bersalah sangat ketika itu dan mencari ruang untuk meminta maaf kepada mereka yang telah menunggu saya dalam bas.
“Namun mungkin ada yang saya terlepas pandang dan betul-betul terkecil hati, terluka akibat perbuatan saya itu. Saya memang akui tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan meminta diberi peluang untuk memperbaikinya,” kata Ana.
Ditanya tentang “harga” selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) baru-baru ini, Ana memberitahu dia menyerahkan soal itu kepada pihak pengurusannya.
“Tentang harga atau bayaran saya diuruskan oleh pengurusan dan saya tidak masuk campur tentang perkara itu,” ujarnya ringkas.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com