Benarkah Rita Rudaini Mata Duitan??

Sunday, September 07, 2014 by
 Rita Rudaini


Aktres jelita Rita Rudaini menyangkal dakwaan dikatakan mata duitan dan sengaja menganggu kebahagiaan bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan bersama isteri, Zarema Zainal ekoran tindakannya memfailkan beberapa tuntutan terhadap pemain bola sepak kebangsaan itu.

Tegas Rita, dia bertindak sedemikian demi mempertahankan maruahnya dan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3 serta hak kedua-dua anaknya itu.

"Kalau orang kata saya ni giler duit ke apa, saya rasa semua orang nampak saya kahwin dengan siapa. Kalau betul saya nak duit, dah lama dah saya kejar VIP ker kerabat ker... Saya juga bukan nak kacau kebahagian dia.

"Ada yang cakap RM300,000 tu banyak, ada yang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah tu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah.

"Tapi apabila keputusan telah dibuat nanti, kalau saya rasa masih tidak berpuas hati, saya akan tuntut dan perjuangkan lagi hak anak-anak saya", katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia bertempat di Kampus Kota UniKL, semalam.

Laporan media sebelum ini menyebut Rita memfailkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta'ah sebanyak RM300,000 terhadap Aidil Zafuan. Difahamkan prosiding tuntutan muta'ah akan berjalan dalam bulan ini manakala keputusan tuntutan nafkah pula akan diketahui pada Disember.

Dalam pada, Rita berkata dia kecewa apabila dianggap sengaja mengganggu kebahagian rumah tangga bekas suaminya itu.

Luah Rita, dia sudah penat dengan sikap Aidil yang langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada Rayyan dan Arjuna. Oleh sebab itu Rita cukup kecewa dan marah dengan bekas suaminya itu. Manakan tidak, sedang dia cuba untuk merapatkan hubungan anak-anaknya dengan Aidil, lelaki itu langsung tidak menghargai usahanya sekaligus menyifatkan Aidil seolah-olah mempermainkan perasaan anak-anaknya sendiri.


RITA bersama-sama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3


"Tiada satu pun mahkamah yang putuskan saya ini isteri yang nusyuz. Saya tak salah apa-apa. Saya bukan kacau kebahagian dia. Saya hanya menuntut hak anak-anak dan pertahankan maruah mereka.

"Macam perkahwinan pertama dahulu saya tak tuntut apa-apa sebab saya tidak ada anak. Tapi perkahwinan yang ini, saya dah lahirkan anak-anak dia (Aidil). Saya besarkan anak-anak dia sebaik mungkin. Tapi bila dia sudah tak mahukan saya lagi, sebagai seorang wanita yang tak pernah minta apa-apa, takkan saya tak boleh tuntut hak anak-anak saya. Apa guna anak-anak di bin kan dengan nama dia.

"Malah saya cuba nak perbaiki hubungan dia dengan anak-anak terutama dengan anak kedua saya sebab dia tinggalkan Arjuna sewaktu umur tujuh bulan. Arjuna tak pernah jumpa lelaki lain di rumah, tapi bila daddy dia datang, dia seronok. Tapi bila Aidil tak lagi datang menjeguk anak-anak, mereka mula bertanyakan pada saya mana daddy mereka. Apa saya nak jawab?

"Saya ada cakap dengan Aidil jangan sia-siakan usaha saya nak baikkan dia dengan anak-anak. Tapi bila dia mungkir janji, saya jadi marah dan geram. Saya tak mahu nanti anak-anak ingat saya berbohong pada mereka", luah Rita, kesal dengan sikap Aidil yang sudah berbulan tidak datang menjenguk anak-anaknya jauh sekali bertanyakan khabar.

Dalam perkembangan lain, Rita kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama disamping pelakon Siti Saleha dan Remy Ishak. Drama bersiri 14 episod itu akan ditayangkan di TV9 tidak lama lagi.


- mD

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com