Nora Danish Dituduh Sebagai Perampas Anak Menteri

Wednesday, June 18, 2014 by
 
Nora Danish bersama Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish benar-benar kecewa apabila ada individu menuduh dia menjadi punca perpisahan kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri iaitu Nabilah Khan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila individu berkenaan menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak  bekas suami-isteri itu, Nedrin dalam Instagram miliknya.

Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan  budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.

"Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim," katanya kepada mStar Online.

Nora diminta mengulas apabila ada  individu cuba menyindir tindakannya yang kerap memuat naik gambar di Instagram bersama Nedzrin iaitu anak lelaki kekasihnya dengan bekas isteri.



 Nora Danish kesal dituduh sebagai perampas Nedim Nazri.


Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.

Mereka turut menganggap pelakon itu sebagai berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki daripada golongan VVIP.

Sementara itu, Nora berkata, dia tidak pernah berjumpa atau mengenali bekas isteri kekasihnya itu secara rapat.

"Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun.

"Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang,” soalnya.

Tambah Nora, dia juga tidak menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kebahagiaannya menjadi perhatian dan tidak disukai beberapa pihak.


Nora turut meluahkan rasa tidak puas hati menerusi Instagram miliknya.
 

Dia juga mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya.

"Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain.

"Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang," katanya.

Tambah Nora, jika ada perkara yang tidak disenangi oleh pihak tersebut lebih elok mereka bersua muka dengannya berbanding melemparkan kata-kata buruk.


Oleh: KEMALIA OTHMAN

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com