Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami

Thursday, June 12, 2014 by
Muhammad Noor Farhan


Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya.

  
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar farhan membuat tuduhan palsu mengenai pendedahan lelaki itu yang dikasari secara fizikal selepas kes penceraian mereka selesai pada Rabu lalu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan dan menganggap ia sebagai satu cara untuk menutup cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya tiada saksi di sini cuma Allah sahaja yang maha mengetahui semu ini, terkejut saya membaca kenyataan yang dibuat Farhan kerana sehabis baik saya cuba menutup semua cerita yang tidak perlu orang luar tahu sepanjang kami bersama sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, Muhammad Noor Farhan, 24, mendakwa Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Lelaki itu turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Pada seHakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan hukum syarak ditetapkan.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan sebagai pasangan suami isteri rumah tangga mereka sebelum ini tidak terkecuali dilanda masalah namun apa yang digambarkan oleh bekas suaminya itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Malah Abby menyangkal tuduhan Muhammad Noor Farhan mengenai kononnya dia akan marah sekiranya tidak diberikan wang adalah palsu dan hanya cerita rekaan daripada lelaki itu.

"Sebelum ini kalau bergaduh pun tetapi semuanya baik-baik sahaja. Biasalah hidup rumah tangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya.

"Anda boleh baca, dengar apa yang dia kata tetapi percaya jangan sebab dia memang dah terbiasa menipu," katanya.

Malah Abby meminta peminat jangan mudah membuat telahan sekiranya tidak mengetahui cerita sebenar tentang situasi sebenar rumah tangga mereka.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com