BENJY (dua dari kiri) bersama lima rakannya yang didakwa di Mahkamah Majistret, semalam.
Ampang: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang pernah didenda RM5,000 kerana memiliki dadah pada 2010, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam bersama lima rakannya termasuk dua wanita terhadap tuduhan memiliki 4.7 gram syabu pada minggu lalu.
Gambar Benjy bersama ibunya, Seniwati Azean Irdawaty yang sedang bergelut dengan serangan serius penyakit kanser.
Selain Benjy, 34, turut didakwa bersamanya ialah Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27, dan Afifi Hamidi, 27.
Asmanizam dan Norazila adalah pasangan suami isteri dan bekerja sebagai peniaga, begitu juga Zain Amir dan Imran Radzi manakala Afifi bekerja dalam bidang pembinaan.
Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu kecuali Zain Amir yang membuat pengakuan bersalah.
Mengikut kertas tuduhan, semua mereka didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine tanpa kebenaran di No C-2-2 Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Klang, jam 11.30 pagi, 26 Jun lalu.
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com