Panas!! Penyampai Radio Hot FM Buat Perangai Huru-Hara

Monday, October 22, 2012 by
Chad Deejay Hot FM


SEPANJANG minggu lalu banyak cerita-cerita panas artis tempatan yang bertebaran. Mungkin cerita pengumuman tarikh perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle paling panas apabila pasangan tersebut mengesahkan akan menamatkan zaman bujang pada 3 November ini.

Tapi yang paling menarik perhatian Syed adalah cerita mengenai penyampai radio Hot FM yang seorang ni. Kalau ada yang kenal, Chad memang salah seorang deejay yang mengendalikan segmen sebelah malam di Hot FM.

Bukan cerita tentang radio yang nak Syed ceritakan tetapi cerita tentang perangai Chad yang agak huru hara ketika menjadi pengacara dalam sebuah pertandingan battle of the band yang diadakan beberapa minggu lalu.

Kebetulan ada beberapa rakan Syed yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Kata mereka, Chad diberi tanggungjawab mengendalikan pertandingan itu tetapi apa yang membuatkan orang menyampah apabila Chad terlalu over dan merimaskan semua penonton dengan perangai tak berapa elok.

"Kalau terjerit-jerit tu usah cakaplah. Kalau dah tahu pakai mikrofon tu tak perlulah nak jerit macam orang tak pernah jumpa mikrofon. Semua penonton dok mengata dia macam-macam.

"Yang paling tak boleh tahan apabila Chad mempersendakan ahli-ahli kumpulan yang bertanding. Mengata nama mereka nama kampung dan orang-orang lama macam dia urban sangat nak kutuk orang.

"Memang ramai yang tak puas hati dengan dia. Ada peserta dah cakap mereka dari universiti A, Chad cakap mereka belajar dari universiti B. Siap tak percaya lagi jawapan yang diberi sampai kutuk-kutuk mereka.

"Geram pula tengok perangai dia malam tu. Macam-macam hal yang dia buat sampaikan ada satu part dia jerit whatever! pada peserta yang bertanding selepas budak-budak tu bagi jawapan pada soalan yang ditanya. Apa cerita tu?

"Pada aku Chad memang telah memalukan ramai peserta malam tu. Dia bawa nama Hot FM juga, aku rasa tempiasnya tetap terkena pada stesen radio popular tu. Nasihat buat Chad agar belajar untuk jadi pengacara yang lebih baik," kata mereka lagi.

Menjadi pengacara ni tak semestinya kena jerit-jerit walaupun itu pertandingan battle of the band. Tak mengapa, Chad kan masih baru, masih banyak yang perlu dia pelajari untuk jadi lebih baik.

Syed@Utusan

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com