Rita Rudaini Enggan Bercerai

Tuesday, May 01, 2012 by
Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.
 
PETALING JAYA: “Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja,” kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar.

Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

“Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.

“Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

“Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

“Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

“Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain,” katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: “Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.”

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.(MStar)

Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com