Rita Rudaini Menangis Di Majlis Ulang Tahun Kelahirannya

Thursday, April 12, 2012 by
Rita sebak ketika dikerumuni para wartawan ketika bercerita kisah hidupnya dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar akan memastikan mendapat hak penjagaan anak selepas berpisah dengan suaminya, bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.

“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,” ujarnya kepada mStar Online.

Rita meniup lilin pada kek hari lahirnya yang ke-36 tahun tanpa suami di sisi.

Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.

Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.

Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil,25, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Tambah Rita, dia akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.


Rita redha terhadap kemelut yang berlaku dalam rumah tangga yang dibina hampir empat tahun.

Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.

Tambah Rita, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi selain reda dan menyerahkan kepada Allah.

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.

Bagaimanapun, Rita kesal kerana Aidil tidak mampu menjadi suami yang tegas untuk melindunginya dan anak-anak selain enggan berbincang bagi menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak menghalang Aidil untuk bertemu dengan dua orang anak mereka kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan.

Rita bersama anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.

“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” katanya.

Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.

Aidil turut mempunyai seorang pasangan kembar iaitu Zaquan Adha yang merupakan suami kepada pelakon Ayu Raudhah.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com