Kenapa Watie Elite dan Joey Kahwin Sorok-Sorok?

Sunday, February 05, 2012 by


MINGGU lepas tecoh tentang cerita Watie Elite yang dikatakan sudah bernikah senyap-senyap dengan Joey. Keluar pula macam-macam versi, makin bertambah panas cerita pernikahan pasangan penyanyi tersebut.
Jujurnya, memanglah seronok bila dapat tahu bekas anggota kumpulan yang popular dengan lagu G.I.G itu dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya. Selesai satu masalah.

Tetapi yang tak seronoknya, kenapa Watie dan Joey bernikah senyap-senyap? Apa yang nak disembunyikan?
Iyalah, kalau cerita nikah sorok-sorok ini, faham-faham sendirilah, macam-macam spekulasi timbul.

Persoalannya sekarang, kenapa benda baik begitu hendak disorok-sorok?
Padahal baik Watie mahupun Joey, masing-masing tahu yang lambat-laun tembelang mereka akan pecah juga.
Jadi apa motifnya nak begitu? Meskipun cerita mengenai pernikahan itu dah bertebaran dicanang semua orang, tuan punya badan masih belum membuka mulut bercerita lanjut.
Cuma apa yang menjadi intipati cerita ialah, dia dah pun mengesahkan pernikahannya dengan Joey, yang sebelum ini mengheret nama Watie sebagai punca keruntuhan rumahtangga lelaki itu dengan bekas isterinya Noraini Nasir.

 Noraini Nasir,bekas isteri Joey.


Kesempatan bertemu dengan Watie buka peluang Pancaindera mengorek yang tersirat di sebalik kahwin sorok-sorok ini. Ada sesetengah pasangan mengambil sikap tak hendak mengebahkan tapi bukan merahsiakan. Jadi, tentu ada perkara yang memaksa perkahwinan itu dirahsiakan.

Berikut ialah penjelasan Watie mengenai isu kahwin sorok dengan Joey.
KENAPA Watie dan Joey buat tindakan kahwin sorok-sorok?
Saya akui saya dah pun selamat bernikah dengan Joey. Tapi kami berdua buat keputusan untuk tak nak kecoh-kecohkan hal ini. Maaf.

Oh tak nak kecohkan? Tengok sekarang pun dah kecoh. Bukankah ini perkara baik?
Memang benda baik. Tapi keputusan ini dibuat selepas kami berdua fikirkan apa terbaik. Lagipun sebelum ini dah macam-macam cerita negatif pasal kami keluar di media. Dah macam-macam orang mengata itu ini pada kami. Kita pun tak tahu antara kawan atau orang luar mungkin ada yang tak suka dengan kami. Jadi biarlah kami diamkan saja pasal hal nikah ini. Biar keadaan dah reda dan tenteram barulah kami akan beritahu pada semua.
Jadi memang ada niat nak umumkanlah? Bila agaknya Watie rasa keadaan dah tenteram tu?

Insya-Allah secepat mungkin. Tunggulah. Buat masa ini saya tengah serabut dengan macam-macam hal. Nanti bila keadaan dah okey, saya dan Joey akan buat satu pengumuman khas untuk menjernihkan keadaan.
Macam mana dengan penerimaan anak Watie dengan kehadiran Joey sebagai ayah barunya?


Alhamdulillah, sejak saya berkawan dengan Joey dulu sebelum ini pun, Afif beri respons yang positif dengan Joey. Saya tengok dia suka Joey. Pernah saya katakan pada diri sebelum ini, kalau ada mana-mana lelaki yang nak mendekati saya, dia mestilah dapat ‘lampu hijau’ dari anak dulu. Kalau Afif suka, maka saya pun suka. Saya ibu, jadi anak adalah keutamaan saya.

Bagaimana kehidupan Watie dan Afif selepas berkahwin dengan Joey? Lebih baik?
Saya mengaku kadang-kadang rasa kekok. mana tidaknya, saya dah biasa hidup berdua dengan Afif. Selama tujuh tahun kami hidup berdua saja. Sekarang bila dah bertiga rasa lain.


Tapi saya paling bahagia bila tengok Afif sangat sayangkan Joey dan begitu juga Joey. Saya faham, dia selama ini pun hidup tanpa ayah dan tak dapat kasih sayang seorang ayah. Jadi bila Joey ada di sisinya, dia rasa gembira.Siapa yang lebih, Joey atau anak?
Tentulah anak. Apa-apa hal pun saya akan pastikan Afif menjadi keutamaan. Saya terlalu rapat dengan Afif sampaikan saya terlupa yang saya dah berkahwin. Jadi baik saya mahupun Afif, kami berdua boleh dikatakan sedang belajar untuk hidup bertiga sekarang. Joey juga memahami dan tak terlalu mendesak.

Apa pandangan Watie terhadap Joey sebagai seorang bapa dan suami.
Sebagai bapa, dia memang tak pernah bosan melayan kerenah Afif. Pendek kata, Afif seronok sebab di rumah dah ada orang lelaki yang boleh melayan dia. Selama ini dia tengok mak dia saja. Dalam keluarga saya pula memang ramai kaum perempuan berbanding lelaki. Itu yang menjadikan Afif lebih seronok. Sebagai suami, saya lihat Joey fleksibel dan seorang yang simple. Kami masing- masing pernah lalui kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini. Jadi semestinya kami mahukan yang terbaik untuk perkahwinan kali ini. Yang penting kami sama-sama gila-gila.
Maksudnya kalau nak bahagia kena cari suami yang gila-gilalah? Begitu?
Bukanlah kena sentiasa gila-gila. Tapi bayangkan kalau dalam perkahwinan semua perkara serius saja. Tentulah tak menarik bukan? Kita jangan serius sangat antara pasangan. Kita perlu anggap pasangan macam kawan rapat kita. Kawan yang selalu kita boleh berkomunikasi bersama. Pada saya, komunikasi itu penting. Rumahtangga kena banyak dihiasi dengan sifat ceria. Barulah kebahagiaan tu datang.
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com