Gambar Anak Nabila Huda Yang Ceria

Thursday, December 22, 2011 by
 
Pertama kali dilayangkan dengan beberapa foto Keisha Laila iaitu permata hati kepada pelakon kontroversi Nabila Huda, portal murai.com.my dapat melihat bayangan aktres itu di wajah anaknya.

Manakan tidak, kelima-lima foto yang dikongsi Nabila Huda kepada murai.com.my semuanya menunjukkan wajah tersenyum gembira kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu yang persis mirip ibunya.

Malah menurut Nabila Huda sendiri, Kheisya seorang kanak-kanak yang sangat periang dan mampu membuatkan sesiapa saja gembira ketika bertemu dengannya.

” She is adorable. Seorang yang kelakar dan karektor dia memang sama dengan saya. Seorang yang suka ketawa, suka mengamuk, sangat degil. Walaupun dia degil, tapi dia seorang penghibur dan akan membuatkan sesiapa saja tergelak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nabila Huda, kesemua gambar berkenaan dirakamkannya dua minggu lalu dan sering menjadi penawar rindu buatnya kala mereka berjauhan.

Tambahnya, sebagai kanak-kanak yang sedang membesar, Keisha bagaimanapun sudah menunjukakn minatnya dalam bidang muzik, pantang terdengar apa juga jenis muzik, kanak-kanak itu akan menari tanpa menghiraukan orang sekeliling.

“Dia sangat suka bila saya buat persembahan muzik di hadapannya seakan-akan ada ramai peminat di hadapan yang sedang menonton persembahan saya dan dia merupakan salah seorang peminat saya. Dia akan menyanyi dan melompat bersama,” katanya.

Naluri keibuan Nabila Huda nampaknya sangat menjurus ke dalam jiwa Keisha, apatah lagi kedua beranak itu suka betentangan mata sesama mereka tanpa sedikitpun timbul rasa jemu walaupun sering bertemu.
Sebelum ini, Nabila Huda pernah memberi tahu murai.com.my bahawa dia seboleh-bolehnya akan meluangkan masa bersama buah hatinya itu sekerap mungkin, walaupun sesibuk mana dengan kerjayanya sebagai pelakon.
Kredit Sumber: murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com