Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil

Tuesday, December 28, 2010 by



KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.
Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.
“Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,” katanya.
Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.

Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.


Irma berkata, sekiranya ditakdirkan juga dia terserempak dengan bekas kekasihnya itu, Irma berjanji akan bertindak profesional dan melayan Nabil seperti rakan artis yang lain.
“Saya belum pernah jumpa dia selepas kami putus. Harap-harap buat masa ini tak terserempaklah. Tapi kalau terserempak juga, kita kenalah profesional. Insya-Allah, Irma boleh menghadapinya,” katanya.
Menurut Irma, jiwanya pada waktu ini semakin tenang dan dia amat bersyukur dalam tempoh perkenalan singkat mereka Allah telah memberi petunjuk Nabil bukan calon suami yang sesuai untuknya.
Tambah Irma lagi, walaupun Nabil pernah menyuarakan harapan untuk berbaik semula tetapi hatinya sudah tertutup untuk lelaki itu.
Ditanya apakah perbezaan selepas dia putus cinta dengan Nabil dan pelakon Farid Kamil, kantanya kedua-dua mempunyai pengalaman berbeza.
“Putus cinta dengan Farid tak seteruk putus cinta dengan Nabil. Tapi Irma dapat hadapi kedua-duanya dengan baik,” jelasnya.
Tidak mahu memikirkan soal lelaki buat sementara waktu, ujar Irma dia sekarang mahu memberi sepenuh tumpuan dalam bidang seni.

3 comments:

  1. minta tolong admin buang la gmbr irma ni..dia pon dah berhijrah ke arah yg lebih baik

    ReplyDelete
  2. harap admin dpt delete artikel n gmbar2 ini, mr kt menyokong irma yg dah berubah ke arah yg lebih baik

    ReplyDelete
  3. Gmbr please pic ni...irma dah berubah..kesian kt dia..

    ReplyDelete

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com