Rozita Che Wan Tempah 30 Pasang Baju Raya

Wednesday, August 25, 2010 by


Rozita akan muncul di pawagam menerusi filem 4 Madu dan beberapa telefilem dan program Raya di RTM, TV3, Astro Ria dan Astro Warna pada Hari Raya tahun ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
MEMANDANGKAN wajahnya akan menghiasai kebanyakan stesen televisyen pada Hari Raya Aidilfitri nanti, aktres jelita Rozita Che Wan, 37, mahu berada di hadapan televisyen di rumah sahaja sebagai memenuhi aktiviti Hari Rayanya.
Dalam nada bergurau, dia yang akan pulang beraya di kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Hari Raya pertama nanti, berkata raya tahun ini lebih meriah sebab wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuk sebuah filem lakonannya yang menjengah pawagam pada Hari Raya pertama berjudul 4 Madu.
Berbanding tahun lalu, penonton dapat menyaksikan pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu di Astro Warna dan Astro Ria pada Hari Raya nanti. Selain itu, dia turut muncul di saluran RTM dan TV3.
Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madu pada malam Hari Raya di TV3, Aduhai Makmur (Hari Raya Pertama, 9 malam, TV3), Tu Dia Kiah Nak Raya (Hari Raya Kedua, 9 malam, Astro Warna), Lawaknya Fantasia Raya, Hari Raya Ketiga, 9 malam, Astro Ria), Goyang Shafiq (Rabu & Khamis, TV3) dan Masihkah Ada Sinar (RTM).
Rozita menggayakan salah satu pakaian Rayanya rekaan Qudyn.
“Pada tahun lalu, saya tak terlibat dengan Astro tetapi tahun ini ada. Yang menariknya, kebanyakan watak yang saya lakonkan di televisyen pada tahun ini merupakan watak komedi tetapi ada juga saya berlakon dalam cerita sedih iaitu Masihkah Ada Sinar,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, yang menarik tentang Rozita untuk sambutan Syawal pada tahun ini apabila dia telah menyediakan 30 pasang baju Hari Raya yang bertemakan warna lembut.
Empat pereka fesyen yang menghasilkan bajunya ialah Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn.
Bukan hanya menggayakan pakaian tersebut untuk Hari Raya nanti, Rozita terlebih awal menggunakan beberapa pasang pakaian berkenaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan sesi fotografi.
 

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com