Klip Video Terbaru Psy ‘Gentleman’ Berjaya Menarik Lebih 10.7 juta Tontonan

Sunday, April 14, 2013 by



 


PENYANYI Korea Selatan yang pernah mencipta fenomena global melalui tarian kudanya, Psy akhirnya memperkenalkan single terbarunya, Gentleman selepas kurang setahun lagu Gangnam Style dilancarkan.

Gangnam Style menjadi fenomena apabila tarian daripada lagu tersebut ditiru oleh peminatnya dari seluruh dunia.

Video Gangnam Style ditonton lebih 1.5 bilion dan ia terus bertambah sehingga ke hari ini.

Psy mempersembahkan Gentleman buat pertama kali pada peminat dalam konsertnya di Stadium Seoul World Cup, malam tadi.

Muzik video Gentleman itu menunjukkan Psy menari bersama penyanyi Brown Eyed Girls, Ga-In.

Psy banyak menggunakan tarian pinggang selain mengekalkan cermin mata sebagai ‘trademark’ serta beberapa jaket berwarna-warni.

Semalam, lebih 160,000 penonton menyaksikan persembahan Psy menerusi laman sosial Youtube.

Klip video terbaru Psy itu berjaya menarik lebih 10.7 juta kali tontonan hanya dalam tempoh 15 jam selepas ia dimuat naik ke laman yang sama.

Seramai 50,000 peminat membanjiri stadium dengan memakai pakaian berwarna putih seperti yang diminta Psy sebelum ini.

“Sudah tentu saya rasa lebih terbeban berbanding sebelumnya kerana ramai orang menonton,” kata Psy pada sidang media sebelum konsertnya berlangsung.

Psy menyifatkan konsert itu sebagai tanda terima kasih atas kejayaan Gangnam Style.

Setakat jam 3 petang, video Gentleman itu sudah ditonton lebih 13 juta kali sejak ia dilancarkan malam tadi.



0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com