Kontroversi 2 Hari Sebelum Hari Pernikahan Apex & Leuniey

Wednesday, December 26, 2012 by


Tinggal dua hari saja bakal berlangsungnya pernikahan selebriti sukan popular, Khairul Fahmi Che Mat aka Apex dan gadis pilihannya Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) - pasangan ini akan diijab kabul pada 28 Disember 2012.

Segala persiapan majlis mereka kini berjalan lancar. Namun bakal isteri Apex itu sekarang dalam keadaan tertekan dan sedih ekoran beberapa kontroversi termasuk yang terbaharu melibatkan bapa kandungnya, Jaafar Mohamad.

Ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 40, berkata anaknya yang juga seorang pengusaha butik dan model itu sedih dengan situasi yang berlaku.

Jaafar dilaporkan berkata, sebagai bapa, harapannya cukup besar untuk menyaksikan anaknya diijab kabul, namun ia tidak mungkin tercapai sekiranya majlis tersebut diadakan di rumah bekas isterinya di Pasir Pekan dan bukannya di masjid.

Mengulas lanjut, Norlaila menafikan dakwaan Jaafar dalam sebuah akhbar yang meluahkan rasa kesal kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut.

Menurutnya, isu tesebut tidak perlu timbul kerana Jaafar adalah wali kepada Leuniey dan dia perlu hadir pada majlis tersebut.

"Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali . Ketika itu juga Leuniey menjemput bapa kandungnya itu hadir pada majlis pernikahannya.

"Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada masalah dalaman keluarga," katanya kepada akhabar Utusan.

Sementara itu, selepas majlis pernikahan nanti, sebanyak tiga majlis resepsi akan diadakan. Persandingan sebelah perempuan bakal berlangsung di hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan Melayu kotemporari.

Manakala persandingan sebelah pihak lelaki akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang Kota Bahru, Kelantan dengan bertemakan ala kampung.

Serta sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royal Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep ala- Inggeris.



- mD
- kredit foto : www.thephotolicious.com