Gambar Peminat Tiz Zaqyah Yang Telah Menipunya

Saturday, December 24, 2011 by

PELAKON Tiz Zaqyah kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.
Biarpun perkara tersebut tidak bersangkut paut secara langsung dengannya, namun apa yang lebih mengecewakan andai nama Tiz diheret sama.
Terbaru, Tiz ditipu oleh seorang individu yang membabitkan sekumpulan 35 ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah (TZFC) yang merancang untuk melancong bersama ke Perth, Australia pada 21 Disember lalu.
Bagaimanapun, program Percutian Cik Qyah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir apabila salah seorang daripada ahlinya itu menggelapkan wang peserta berjumlah lebih RM60,000.
Jumlah tersebut meliputi kos tiket penerbangan, penginapan, makan dan lain-lain keperluan sepanjang berada di sana apabila masing-masing perlu membayar antara RM1,700 hingga RM1,900.
“Memang kecewa tapi saya tak boleh buat apa-apa. Pihak TZFC dah pun buat laporan polis tentang individu berkenaan. Biarlah pihak berkuasa yang uruskan, kita tunggu saja,” ringkasnya enggan mengulas lanjut.
Lawatan dirancang secara terperinci sejak Mac lalu itu membawa semua ahli keluarga peminat Tiz yang berada di tanah air, Singapura dan Brunei ke negara kanggaru itu.
Tiz hanya dimaklumkan oleh bahagian pentadbiran TZFC bahawa lawatan tersebut tidak dapat diteruskan beberapa hari sebelum hari lawatan.
Adakah anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengenali individu yang dikatakan perunding percutian kelab peminatnya itu?
“Dia ahli TZFC tapi saya tak kenal dia. Tapi saya risau kalau ‘dia’ buat hal dengan kelab peminat artis lain pula,” ringkasnya lagi.

Berikut adalah gambar peminat Tiz Zaqyah yang didakwa telah menipunya dan ahli-ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) .


0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com